Share it

Tuesday, December 17, 2013

Puasa 36 jam

Apa ke hal? Boleh ker?

Dah senak otak dok baca tentang "intermittent fasting"... memang dah tau keberkesanannya membakar lemak, tetapi nak masukkan diri ke dalam disiplin berpuasa jenis pelik itu yang agak sukar.

Orang putih sekarang memang hot topic la tentang "intermittent fasting." Ada banyak protokolnya. Saya nak pilih yang agak extreme sikit, 36 jam puasa dan di selang dengan 12 jam makan.

Nak ikut cara Dr. Sara Solomon, dentist yang bertubuh kasa dengan 8 packs! Dalam pada itu nak dapat pahala juga, so akan ubah protokol Dr. Sara.

Yang akan saya buat; puasa sunat mengikut cara Islam seperti biasa pada hari Rabu, buka puasa dengan protein powder dan dan air tanpa karbohidrat untuk malam dan keesokkan harinya. Boleh ambil minuman protein powder dan teh kosong dan air kosong pada hari Khamis, sehinggalah lepas maghrib saya akan makan makanan biasa. Kalau tak menyiksakan hari Khamis itu akan dijadikan puasa sunat juga, iaitu dengan bersahurkan minuman protein dan minyak kelapa dara.

Hari Jumaat dan Sabtu biasa saja, dan kalau hari Khamis nanti saya tidak biol maka, boleh terus mencuba puasa 36/12 pada minggu depan. So hari Ahad tak makan, Isnin mula makan lepas maghrib. Selasa tak makan, Rabu malam makan, dan Khamis tak makan, pergi jogging hari Jumaat pagi dan lepas jogging, pergi minum susu kambing segar di kedai Mamak. Begitu la seterusnya.

Sebenarnya, semenjak September 2013, saya menyedari saya mengalami diabetes jenis 2. Semenjak itu hingga sekarang, saya berjaya kurangkan 5kg berat badan. Tetapi, berat saya sudah statik agak 2 minggu di tahap 62.5kg.

Hari ini baru makan nasi lemak dan sekeping apam balik. Kira ambil sesi pra-puasa lepas geram dan bebaskan dari inhibition sekejap, sebelum memulakan plan baru esoknya.

Target 60kg. Ta Ta...betul ker ni?

2 comments:

ummuaidan said...

Salam Dr.
Berkesan yer diet posa cr nie..sy pernah diet low calorie jer..turun jgk alhamdulillah..

Dr. H said...

Ummu, memang berkesan, tapi sukar untuk dibuat.