Share it

Sunday, March 17, 2013

Terkini; wilayah yang telah diduduki

Kalau laman rumah luas, secara amnya orang akan menyangka akan mudahnya bercucuk tanam. Tidak begitu jika mempunyai pasangan yang suka laman luas tanpa ada pokok. Pokok-pokok hanya diingini di tepi. Memang ada orang begitu. Dia obses dengan ruang luas dan rumput yang rapi. Seperti laman Tuan tanah di bawah ini.
Hari-hari rumput dimesin. Sudah dimesin sebelah sini, di sebelah sinun panjang semula. Bagi saya kalau dilihat rumput di atas, ianya masih pendek dan cantik, tetapi tetap dimesin. Kalau nak difikir, tentu banyak kompos yang dapat diproses, tetapi malang sekali rumput yang dipotong dikeringkan dan dibakar. Walaupun dapat baja bakar, tetapi tak sebaik baja kompos.

Semenjak-dua menjak Puan tanah minat bercucuk-tanam, maka menjelmalah warna-warni di tepi laman, dengan pokok mawar dan pokok kertas yang berbunga-bunga. Tidak banyak raung yang disinar matahari yang Puan tanah dapat kelulusan untuk pokok bunga, apatah lagi pokok timun dan sayuran lain. Walaupun begitu masih di asak secara berterusan dengan kempen-kempen akan kemungkinan yang menawan hati Tuan tanah. Macam Isreal mengasak tanah Palestin, cuma tiada peperangan.  Terkini nasib si pokok bunga Telang. Dalam satu paket yang dibeli, cuma satu anak sahaja yang tumbuh. 
Tengok lah di mana dia diletakkan akhirnya. Oleh kerana paras air dalam kolam boleh naik melimpah ketika hujan lebat, pasu yang ditanam pokok Telang diikat ke pohon kemboja yang hanya tinggal batang dan dahan. Gambaran yang Puan tanah berikan kepada Tuan tanah ialah, batang dan dahan pokok kemboja itu akan terbalut dengan bunga-bunga berwarna biru apabila pokok Telang itu merayap ke atas.  Berjaya kempen Puan tanah.

Anak-anak pokok sengkuang pula ditanam dibelakang rumah. Nasib la, tengok macam mana. Setahu Puan tanah, kawasan ini tiada cahaya matahari secara langsung.
Apa-apapun kehidupan Puan tanah tetap ceria dengan hasil berkebunnya. Di antara hasil yang boleh dimakan dan hasil yang boleh dinikmati dengan pandangan sahaja, rasa-rasanya yang pandang-pandang lebih memuaskan. Layan aje:
Daun Bawang

9 comments:

TukangKebun said...

It is never too late to grow your own food or fruit trees. We used to spend so much time mowing the lawn too. But now makin lama makin kurang tempat nak mesin. Tak pe kayuh perlahan-lahan.

Dr. H said...

Diana; thank you for the inspiration

zamzurina zulkafli said...

mmg luas....sekali tgk dah byk plants saya nampak blh tanam. geram! slowly tuan tanah akan izinkan apabila merasa kesedapan hasil tanam sendiri.

@na said...

Salam kenal dan salam ziarah...Dr berkebun buat kita segar dan tambah puas apabila tanaman kita dah boleh dituai..

Dr. H said...

Zam; Tuan tanah tak makan sayur, dia hanya makan taugeh

@na; Salam kenal, ya puas hati, dan akan kekal dalam ingatan sebab diarkibkan dalam blog.

lynnhelite said...

hm... angan2 lynn nak kecek sikit halaman utk tanam bunga pun tak dpt permit.. suami kata dia nak tengok rumput yg hijau shj..sedih2..(buatlah garden kat belakang & tepi rumah shj..)

Nudabuffy said...

Salam Dr, saya menyokong kuat kempen menjajah tanah lapang tersebut.. Go! Go!

Dr. H said...

lynn..welcome to the club ha ha

Nudabuffy...yes yes ..

zamzurina zulkafli said...

ruginya x makan sayur. hati yg keras blh dilembutkan...in shaa Allah.