Share it

Friday, March 15, 2013

I want coffee and citrus fagrance

... itu kehendak Ros.

Dah dua minggu, kalau pergi ke pasar raya, mesti beli udang dalam dua kilo. Bila dapat sisa kulit, kepala dan ekor, kisar dan buat baja untuk pokok ros. Pokok ros memang kuat makan zat. Saya sengaja hendak bersusah-susah dan tidak bergantung kepada baja komersial.

Kalau muka tak malu harus saya pergi minta serbuk kopi yang telah digunakan di kopitiam. Walaupun saya dan suami tidak minum kopi, terpaksalah juga buatkan kopi untuk si pokok ros. Bukan nak tuangkan kopi ke dalam pasu, tetapi kopi yang disarankan untuk pokok ros adalah yang telah digunakan. Kopi yang telah digunakan tidak akan menganggu ke asidan tanah tanaman.

Lepas tu kopek limau. Hai dia nak bauan sitrus pula. Kononya boleh menghalau aphid. Apa-apapun, beri ros puas hati, saya pun dapat juga menumpang makan limau, dan ambil satu cawan kopi yang disediakan. Kalau ikut selera nak makan, malas nak buat ni semua. Tetapi, kerana pokok ros, rela dengan gigihnya memproses udang, limau dan kopi. Udang pula hampir tiap-tiap hari buat cucur udang. Itu kegemaran En Hubby.

Hemm...layan aje:
Bunga muda merah, tua pink, dua-dua drp pokok sama
Hee he ... saya bukan Ros

4 comments:

suka suka said...

Assalam Dr ..wah menjadi2 kembangnya bunga ros.. ni terapi juga ni.. terapi menyejukkan mata dan hati.. alhamdulillah.. sumber penyuburnya memang ngam... saya belum berani nak tanam ros...

puteri purnama said...

assalammualaikum DR.H,
cantiklah bunga2 Rose koleksi DR.H.
Beli online ke?

Dr. H said...

Waalaikumussalam,

Suka-suka (nama panggilan Mar kan?); memang terapi, menjak ada roses, bahan sisa dapur memang beharga, sayang kami hanya minum 3 in 1, so serbuk kopi terpakai tak ada. Serbuk teh terpakai ada, pokok sayur suka...saya campurkan dengan tanah tanaman...it retains moisture just nice..

Puteri; saya beli dari nursery Hj Halim, tetapi masa gi beli hubby bertarung dengan pemborong yang lebih cekap naik lori yang baharu sampai daripada Cameron Highland...so yang dapat yang lebih2 depa dah borong.

Real Life in Malaysia said...

Assalamualaikum Dr,

First time here through IbuSham.

Thank you for sharing and wishing you and husband both a very good health. Will share this with a couple who are going through almost similar experience ... wife (breast cancer), husband (the intestine)...

Thank you.