Share it

Thursday, March 7, 2013

Gardening is a therapy, and I got a rose

Therapy ehh? Hari ini dalam sejarah. Bunga pertama yang mekar daripada hasil hobi baru. Gambar di ambil selepas hujan.
Pokok mawar memang banyak serangga perosak. Bila berbunga, sang rama-rama datang bertelur dan apabila telur menetas, akan keluar dan membesar ulat bulu warna hitam. Mula-mula terasa ralat juga. Ingat nak tanam orkid aje, lebih senang. Tetapi, bila pulang dari pejabat petang tadi, melihat bunga mawar merah mekar nan harum, hati terubat.Hem...esok ke pasar tani, beli lagi anak pokok ros.

Ok lah, orang Terengganu kata pela-pela buat keluar kamera, gi round rumah snap-snap....tengok aje la...tak ada hasil lagi, maklumlah baru aje berhobi berkebun.
 
Bayam di atas tidak sengaja di tanam. Dulu 7 tahun yang lepas ada menanam bayam. Bila tanah di gubah semula dan disiram, tanaman baru tumbuh dengan benih bayam yang lama dalam tanah. Biar aje la. Nanti boleh di makan. Ini tips menyimpan benih....bila menanam sayur, pokok yang tidak dituai biarkan saja dia berbunga dan mengeluarkan biji benih. Semasa mencabut pokok tua, ketuk-ketuk batang pokok yang kering ke tepi pasu dan biarkan benih-benih berguguran dan tersimpan secara natural. Bila suasana sesuai dia akan tumbuh dan membesar. Aduh....seolah-olah benih kanser yang terpendam, dan membesar dan merebak bila kesihatan dan pertahanan badan menurun.

4 comments:

Ummu Madihah said...

Salam Doc,

Tahniah ros kembang mekar, cantik menawan! Nanti kena tambah lagi ni pokok ros jenis lain pulak! Banyak dah yang ditanam tu. Sampan pun ada kat belakang tu!

ummuaidan said...

Cantiknya bunga ros milik doktor tuh..hmm berbaloi dengan baru nie..bagus jugak idea menyimpan benih tuh..tak payah susah byk kerja kan..

puteri purnama said...

eee ada sampan lagi.petang2 mesti best main sampan tu..rumah tepi tasik ke DR?.

Dr. H said...

Waalaikumussalam Ummu and Ummu and Puteri;

Puteri, tasik tepi rumah hee...tak itu hanya kolam buatan, ada ikan patin, keli dan haruan, tapi semua cerdek, tak makan umpan, sebab kenyang diberi makan tuan rumah. Sampan tu aksi aje..tuan rumah sibuk tak ada masa nak berdayung sampan.