Share it

Saturday, March 16, 2013

Gambar hampir maghrib

Semenjak berkebun, saya sudah tiada masa nak lepak di depan TV dan menonton saluran kegemaran, iaitu saluran Asia Food Channel dan Food Network. Sampai dah terlupa number saluran program tersebut. Juga, saya sudah tidak lagi terleka melihat dan ingin mencuba resipi di blog yang memaparkan resipi.

Memang betul, berkebun adalah terapi. Minda sebenarnya masih ligat (asyik memikir apa yang hendak ditanam dan bagaimana untuk membasmi perosak tanaman dan juga cara bagaimana untuk mengunakan bahan sisa dapur untuk dijadikan baja); tetapi fizikal agak lebih cergas.

Tetapi, yang pasti, kulit semakin gelap. Rasanya dah terlebih vitamin D dari cahaya matahari, maka saya telah memberhentikan pengambilan vitamin D3.

Hari ini, satu hari tidak duduk diam sehingga terlupa hendak mengambil daun South Afrika, iaitu herba yang saya kerap amalkan. Hari sudah hampir gelap dan maghrib akan tiba dalam beberapa minit lagi. Saya ke laman, hari baru lepas hujan dan bunga-bunga mawar basah kuyup dan ada yang tangkai sudah patah, kerana bunga jadi berat ditimpa air hujan.

Walaupun begitu ada yang kembang segar dan dalam kontrast warna bungan dan latar yang mengelap, lagilah hidup warna-warni bunga. Sehingga bunga timun jepun juga turut menyerlah. Hanya handphone yang ada ditangan, lantas saya ambil beberapa gambar dengannya. Agak tidak fokus, tetapi memadai untuk menjamu mata. Layan aje.
 Sebenarnya, nak ambil daun di atas la. Hemm...sekarang ni kalau turun laman; mesti hati berbunga-bunga.


5 comments:

Ummu Madihah said...

Salam Doc,

Wah cantiknya ros kuning tu!

zamzurina zulkafli said...

setuju dgn dr H. tv pun tak bukak dah pun. kalau bukak pun time anak tgk tv itupun ikut jadual yg saya tetapkan. mmg berkebun ni terapi. cuma kene ctrl jugak spy tak lalai.

CT said...

salam Doc.

Betul, berkebun nih sgt menyeronokkan, kdg2 sampai x sedar lom makan...hihihi

Alia Adams said...

Memang betul, bila 'pulaukan' tv, rasanya lagi byk perkara berfaedah dapat dibuat, terutama sekali di luar rumah.

Dr. H said...

Terima kasih semua, ye ler Alia, agaknya kalau putus cinta, kita berkebun, harus boleh lupa terus agaknya..