Share it

Sunday, March 10, 2013

Berbunga bermacam warna

Menepati pengertian bahawa perempuan mempunyai beraneka nafsu, manifestasi itu menjadi begitu meriah apabila hobi berkebun di sokong oleh adanya bloggers yang menjual benih tanaman. Terbaru ialah Miruku's Garden    

Bila order tak ingat nanti seksa nak semai dan jaga benih. Tetapi kebaikan memesan banyak jenis benih ialah, apabila satu jenis gagal bercambah ada banyak lagi yang boleh dicuba. Tak kan semua tak bercambah. Pesanan kali ini agak mengujakan, kerana hampir keseluruhan adalah benih pokok bunga. Wah, berangan betul. Paling mengujakan ialah benih Alpine Strawberry.

Nak tengok list? Pesanan seperti berikut: [10 (+ 2 FOC)* x RM3.00]+ Lucky Dip Herb Seeds RM10 + Pos Espress RM3.00 = RM43.00
* Buy 5 Free 1 offer


Crepis rubra

Yang bestnya pesan aje, semua ada dan Alpine Strawberry menerajui batalion.   Hai, bila melawat facebook Miruku's Garden, rasa tergoda betul dengan idea dekorasi laman dan juga berbagai tanaman sayur dan pokok bunga. Blog dan Facebooknya amat cantik.

Asyik berkebun, memang terapi untuk hati yang gundah gulana. Tetapi saya tersilap langkah. LEKA!
Bila leka, lalai dalam amalan spiritual dan kesan sampingan mula dirasai. Saya terhilang kekuatan batin untuk berpuasa selang sehari. Saya tersedar kerana seluruh badan rasa sakit seperti memprotes.

Elok esok hari Isnin, saya akan sambung semula terapi puasa yang saya amalkan sebelum gangguan tawaran opsyen pencen. Sekarang saya akan mengamalkan dua terapi serentak; berpuasa dan berkebun.

Satu artikel antik yang masih relevant dalam panduan berpuasa untuk kesihatan. Kita orang Islam, kita puasa ikut cara Islam. Dapat sihat dan dapat pahala. Klik di sini. 

4 comments:

ummuaidan said...

Salam Dr. Has.. banyaknyer benih yang diorder.tp betul tu, takut2 kalau ade yg tak bercambah kan...susah jgk kan balance amalan spiritual ngan dtgnya amalan2 lain.godaan tu..:)

lynnhelite said...

lynn dah cuba dr blog nih. benihnya byk x menjadi. Ada benihnya tu dia x tanam kat M'sia pun.. mmg x sesuai dgn cuaca kiter. kalau nak order, better tengok pic yg ada prove dia dah tanam, jgn ikut pic bunga sbb itu dr internet.

Dr. H said...

Salam Ummu dan Lynn;

Cuba aje Ummu. Lynn, agak dah. Nanti I try and give report yang mana yang I beli itu hidup. Akan cuba with the packets yang ada hundred over seeds, take half and semai staight, then the other half put in low temperature till next month. Try satu, satu....

puteri purnama said...

Assalammualaikum DR.H,
selamat mencuba, jangan lupa kongsikan cerita dan gambar kalau dah berjaya.