Share it

Monday, February 11, 2013

Upside Down or Topsy Turvy Tomato

Hari akhir bercuti. Semangat berkebun masih membara. Oleh itu bila di Maidin pagi tadi, saya beli kotak plastik biru untuk dijadikan rumah cacing.
Cabaran kedua adalah menanam tomato terbalik [Upside Down or Topsy Turvy Tomato]. Lepas dah taruh tanah barulah perasan, pokoknya tidak dimasukkan betul-betul dalam lubang di bawah tong plastik tersebut. Biarlah dahulu. Keajaibab berkebun ini, kadang-kadang  kita campak aje benih yang dah bercambah, dia hidup juga kalau takdirnya hendak hidup. Jadi, saya tak baiki dan beri peluang dahulu bagaimana anak pokok tomato itu menyesuaikan diri mereka. Ya, mereka, kerana saya masukkan tiga anak pokok ke dalam lubang tersebut. Nanti, jikalau perlu, akan dicabut keluar satu atau dua daripadanya.
Tengok elok-elok. Ada tiga anak pokok tomato di bawah tong plastik

4 comments:

kasihilmar.com said...

Bila kita berbudi pada tanah tak kan rugi, hasilnya lebih baik dari dibeli diluar sana yang rata2 mengandungi bahan kimia... :)

mycikgukita said...

1st time dengar topsy turvy tomato, nanti upload gambar pokok dah besar ya..

Dr. H said...

Insya Allah, sekarang sedang menuntut ilmu tanama tomato.

Tomato di antara pokok yang amat memerlukan kalsium. Sepatutnya dalam lobang sebelum tanam, disarankan letak kepala ikan atau kulit telur yang dilumatkan. Baru tahu, jadi tadi saya hancurkan suplimen kalsium yang suami makan,larutkan pil kalsium dalam air siraman.

Nanti bila dah besar sedikit boleh
berikan air siraman Aspirin untuk meningkatkan daya pertahanan pokok.

Tomato sedang diserang penyakit. Unside down boleh mengelak siput dan akar tomato akan jadi lebih kuat.

mycikgukita said...

menarik ni, nanti saya nak buat aktiviti ni, masa persatuan sekolah.. mesti budak2 seronok