Share it

Sunday, February 10, 2013

Opsyen dihalang

....la itu la ingat kami apa ye? Sekali kami pencen ramai-ramai khidmat klinikal dan latihan pakar-pakar ranap.

....so tak pencen lagi la. Opsyen dihalang.

....tetapi episod gertak-mengertak itu telah mengubah diri saya. Selepas ini kepentingan kehidupan saya sudah berubah. Selama satu minggu meletakkan diri dalam keadaan pencen, menyedarkan diri akan suatu perasaan bebas. Yang paling enak ialah bebas kepuraan.

....dalam masa sedang refleksi akan kehidupan selepas pencen, segala tanaman saya saya gubah semula campuran tanah dan baja. Saya juga menyemai berbagai benih-benih sayuran. Antaranya timun Jepun dan keledek.

Hemm....apa-apa pun...rezki yang paling bernilai adalah kesihatan & kecergasan, dan harta yang paling bernilai adalah ibadah. Allah telah memberi segalanya kepada kita. Kita hanya perlu mencarinya di dalam diri. Pilihannya ada pada diri. Berduka atau gembira kerana kesyukuran.

1 comment:

deeja said...

As-Salam
singgah tambah ilmu