Dulu-dulu, ramai wanita menulis blog tentang makanan. Saya juga mengemari blog sebegitu. Lama-kelamaan, blog sedemikian sudah hilang daya tarikan. Apa taknya, terlalu asyik hendak mencuba, suatu hari tersedar bahawa pinggang sudah menebal.
Sekarang ini minat saya adalah blog wanita bekerjaya yang rajin berkebun. Kalau terpengaruh pun, lagi lah baik. Bersemangat, rajin dan apabila berkebun dengan sendirinya diri memberi keutamaan kepada yang asal. "Back to basic," orang puteh kata.
Saya barulah nak mula berkebun. Suami dah banyak kali mencuba bertanam, terung, bendi, cili, betik, semua tak menjadi. Yang menjadi ialah rumput. Dia rajin sebenarnya, tiap-tiap minggu ketam rumput dan hari-hari kalau tak kemana-mana menyapu daun yang berguguran daripada pokok manggis, durian dan lain-lain lagi. Kalau lah dia berminat membuat kompos dari daun dan rumput tersebut, alangkah baiknya untuk tanaman yang di tanam.
Pokok pudina di bawah adalah satu-satunya koleksi baharu dalam kebun atau laman. Saya tanam dari keratan pudina yang saya beli dari Tesco. Menjadi juga:
Tetapi, ada satu tanaman yang saya tanam pada tahun 2004, sampai sekarang dia hidup dan berjasa. Ada ketika saya malas dan murung, rumput tumbuh dalam pasunya dan dia hampir kering kerana kurang disiram. Kucai.
Kucai tidak ada musuh. Errr...mungkin ada musuh...orang yang menanamnya...yang membiarkannya. Ada kala lupa terus. Tetapi kalau tiba masa rajin, maka bertambahlah komuniti kucai ini iapabila ubi-akar dibahagikan ke bekas tanaman lain. Kucai, jikalau kerap dipotong dan diambil daunnya, lagi lah dia galak tumbuh.
Malam, kami tak dinner, tetapi kalau ada sedikit makanan pelapnis perut, tidak lah berkeroncong sangat perut kami. Di sini lah kucai berjasa. Cucur guna ikan Jenahak goreng yang menjadi lauk nasi semalam. Kalau dulu, ada nasi tak habis, ada pula ikan, maka saya tentunya akan buat nasi goreng. Takut membazir kononnya. Tetapi sekarang, tiada istilah membazir. Nasi ada setengah periuk yang tak habis. Saya masukkan ke dalam tong Bokashi. Tidak membazir kan? Sesekali, nak juga makan cucur simple-sepoi gini:




4 comments:
assalammualaikum Dr.H.
wah sedapnye..benar2 tak membazir.sibuk mana pun kita yg berkerjaya ni, tetap ada masa masuk dapur buat makanankan..hehehe sedap lagi tu.
Terima kasih puteri; nanti cucur lagi sedap bila ada daun bawang yang ditanam sendiri.
salam,
Suka tengok org ada kebun..however my excuse 4 not having one is my thumb is not green :p
ryaha
As saam Dr. Bagus sebenarnya bila berbudi pada tanah ni...& hasilnya dapat dijauhi dari bahan kimia yg merbahaya..
Post a Comment