Share it

Friday, February 8, 2013

Akan bersara; tetapi akan berlari lebih laju

Semasa di JB [3-6 Feb 2013], apabila berjumpa dengan rakan pakar psikiatri yang lain, saya dikejutkan dengan kehadiran satu opsyen yang telah dikeluarkan mulai Dec lagi, tetapi tidak di dedahkan oleh pihak majikan saya. Universiti lain, pensyarah mereka ada yang telah menandatangani opsyen tersebut.

Bila diteliti, opsyen itu persis tawaran SBPA yang telah ditolak tahun lepas. Gaji pensyarah perubatan yang baru/muda, hampir sama dengan bekas gurunya seperti saya. Bagi mereka, memang menguntungkan kerana senang sekali mendapat U54 dengan pergerakkan gaji hingga ke usia 60. Yang JUSA pula tak usah diceritalah.

Yang luka berdarah adalah pakar yang telah lama gajinya tahap seiling. Jadi, saya harus tidak menandatangani opsyen itu dan lebih rela dipaksa bersara. Ini berkait dengan maruah dan prinsip. Biar papa asal tidak disalahgunakan. Orang yang tidak faham akan kata kami berkira. Kami tidak berkira, kami rela tidak ada kerja. Kalau usia masih belum usia persaraan, itu namanya menganggur. 

Memang lah terencat hati ini, kerana telah membuat perancangan untuk bersara di usia 56. Tiba-tiba bersara bulan Jun akan datang. Apa-apa pun saya amatlah redha untuk bersara. Tetapi ada pula cobaan untuk memerangkap kami U54 yang berpengalaman, kerana jika betul ramai yang akan dipaksa bersara, maka kemungkinan akan runtuh lah khidmat klinikal dan pengajaran sarjana perubatan di tempat saya.

Bagi yang berusaha untuk mengaggalkan opsyen ini hanya kerana hendak menahan kami, dan kepentingan Ego diri sahaja, ingat-ingatlah bahawa kami ini sudah lama dianayai. Jika tidak hendak memberi taraf kedudukan yang hampir sama dengan pakar di Kementerian Kesihatan, (yang tahap saya kesemua Jusa C dan ada yang Jusa B); LEPASKAN LAH KAMI BEBAS. Kalau hendak khidmat kami, ambil kami dengan tawaran baharu yang baik.

Oleh itu, sekarang ini adalah satu titik koma dalam perjalanan hidup saya. Saya meletakkan doa kepada yang Esa untuk menentukan rezki saya. Dan saya beli kasut di bawah, dengan rancangan untuk berlari setiap pagi hari. Warna yang cukup ceria, tetapi kenapa masih ada silau keungguan?

6 comments:

Ummu Madihah said...

Salam Doc.

Bersara? Terkejut saya! I understand that you are much needed and you're still young!! However I understand your frustration! Ramai yg begitu. Apapun kalau jadi bersara, welcome to the gang, Asiah baru lagi join the gang! Gang goyang kaki!

Maya said...

respect doctor,, sesungguhnya Allah s.w.t yang beri rezeki. yang penting sihat dan bahagia. doc ialah model utk sy dan orang lain di luar sana.

sudah lama sy ingin tanya doc, tentang ag factor, adakah betul2 berkesan memperbaiki struktur kulit? doktor masih consume ag factor?

Dr. H said...

Ummu, waalaikumussalam

Dalam ketidakadilan kehidupan ini banyak terselit kebaikannya dan peluangnya. Walaupun timba ku tiris, aku bersyukur dengan adanya air yang masih dapat diisikan ke dalamnya. Siapa sangka, saya sendiri tidak menyangka, tetapi bagaimana cerianya kasut belari saya, sebegitu cerialah hati saya. Alhamdullilah

Dr. H said...

Maya, thank you for the nice words. Ag factor, I repeated purchase, thus must be good eh. Not so much for the skin, bahkan saya tak regular mengambilnya kerana saya juga mengambil French Pine Bark...kedua2nya bila ambil bersekali atau ambil dua biji sehari akan terjadi apthous ucler (pecah lidah)....so saya ambil berselang-seli...tetapi kalau saya silap makan makanan berbisa seperti belacan dan budu, saya pasti ambil ag factor, sebab ia akan menghindarkan dari sore throat keesokkan harinya. Rumusan daripada pengalaman saya ia macam meningkatkan pertahanan badan.

Walaubagaimanapun, jika saya tidak lagi bekerja nanti, atau sementara rezki lain masuk, kedua-dua supliment itu harus diberhentikan kerana kos yang tinggi. Yang murah dan percuma seperti daun pecah beling pun boleh memberi fungsi yang sama.

AsiahRSC said...

Pray for your best ...

suka suka said...

Salam kenal Dr...terusan tabah hadapi hari mendatang!