Share it

Saturday, January 19, 2013

Nikmat pada yang murahan

Alhamdullilah, sedap betul makan tengahhari hari ini. Ada yang tertanya, "Makan apa?"

Ala, nasi lebihan semalam digoreng biasa, goreng dengan bawang merah, cili lumat dan telur. Goreng dengan minyak zaitun, dan nasi dimakan dengan ikan kering gelama. Suami dah kata sudah sangat sedap; tetapi dia tidak mengetahui bahawa bila dimakan dengan kimchi, itu la terangkat sehingga masuk di dalam blog.

Kimchi yang saya sediakan minggu lepas dan sudah berada di dalam peti ais selama seminggu adalah pada tahap yang sangat sedap dimakan. Cukup berkhasiat, kerana saya memasukkan banyak bawang putih (tanpa di mayang/hiris dan kepingan halia). Apabila dimakan masih dikira mentah (raw) tetapi enak dan tidak menyiksakan perut atau keseluruhan diri jika dibanding dengan memakan secara mentah tanpa fermentasi.

Satu lagi perkara mengenai kimchi ini, apabila telah terjeruk secara perlahahan selama seminggu, kuahnya agak memekat, dan apabila dimakan tidak menyebabkan banyak angin terbentuk di dalam usus. Jika dimakan pada permulaan penyediaannya, perlu lah berhati-hati, kerana banyak pula gas yang terpaksa dilepaskan.

Bila makan kimchi dengan ikan kering goreng, teringatlah masa dulu-dulu semasa tinggal di Terengganu. Makan nasi panas baharu masak dengan ikan kering goreng dan jeruk maman. Tetapi kimchi saya lebih sedap sebab ia mengandungi bermacam-macam sayur dan herba di dalamnya.

Agaknya, jikalau sudah makan kimchi dengan banyaknya, boleh kah kulit bertukar secantik kulit orang-orang korea? Walaubagaimanapun, itu tidak penting. Yang penting kimchi ini berupaya meningkatkan kesihatan usus dan mengandungi vitamin K (mk6) untuk memastikan kalsium berada di dalam tulang dan tidak ditempat yang tidak sepatutnya ia bermastautin, seperti saluran darah jantung. Itu yang nahas!

3 comments:

kasihilmar.com said...

Salam Dr. Saya pun suka makan nasi dgn kimchi, menyelerakan! ;)

Anonymous said...

blh bg resepi dr. wat kimchi? sy nk cuba buat.

Dr. H said...

Saya ikut yang ini:
http://www.maangchi.com/recipe/napa-cabbage-kimchi

tetapi tak letak sotong ker osyter ke...lepas tu fish sauce pun tak letak...saya masukkan 1/2-1 cup jaggery atau gula tebu yang tak di proses

gambar macam kat sini:
http://selfprescription.blogspot.com/2013/01/fermenting-cabbage-kimchi.html