Share it

Wednesday, January 30, 2013

Kesungguhan berkebun di siang dan malam hari

Rezki apa?

Sihat, cergas, boleh berlari, boleh bekerja, boleh bagun malam, dan tidak jatuh tersungkur tertidur semasa mendengar pelajar membuat pembentangan, atau semasa merawat pesakit.

Tetapi Allah amat pemurah. Lagi, saya tidak dilalaikan dengan hal dunia. Sebenarnya rezki ini tidak terlihat, jika hati tidak dibuka dengan penerimaan dan kesyukuran. Mulut juga tidak mempunyai banyak peluang untuk berkata-kata. Melainkan saya terlupa diri dan meraban di sini. Di muka buku  pun saya sudah agak jayanya mengundurkan diri.

Oleh kerana keadaan, saya tidak mempunyai banyak peluang untuk melebihkan kegiatan ke jalan Allah. Akan tetapi, saya percaya, dalam kesempitan yang kritikal pun masih ada ruang dan luangnya. Cuma perlu memadamkan naluri tidak sabar dan ketamakan.

Apa yang kita ushakan tidak semestinya menjadi milek kita secara berpanjangan. Tetapi usaha itu sendiri adalah suatu elemen ibadah yang sangat penting. Pulang saya dari tempat kerja petang tadi, saya berlari-lari dengan timba 2 liter air, mengejar masa satu lagi timba dipenuhi air paip yang dipasang dengan deras.

Lari 200 meter pergi siram timun, lagi seratus meter ke kumpulan anak timun yang lain. Aduh! Sudah nazak 2 pokok timun itu. Lepas itu lari 100 meter pergi tukar timba, lari 100 meter lagi pergi siram anak pokok keledek dan seterusnya, selama hampir sejam. Habis aktiviti menyiram, diteruskan pula dengan aktiviti menyembur jus bokashi kepada pokok orkid. Ah...cacing pula..sempat disiram sedikit air sahaja...terpaksa tunda memberi cacing makanan sayur dan buahan ke esok hari.

Jadi apa yang saya hendak? Hendak timun? Hendak bunga orkid? Hendak ubi keledek? Pergi beli di supermarket pun boleh. Duit ada. Bahkan keledek yang ditanam itu mungkin tidak dapat saya makan kerana kadar oxalate yang agak tinggi.

Yang pentingnya aktiviti. Lari sana sini dalam laman sendiri. Berinteraksi dengan pohon dan haiwan. Tiada dosa, tentunya menyihatkan jasmani. Memang tiada KPI untuk USM.

Walaupun begitu kesungguhan tersebut berupaya berjangkit ke ruang kesugguhan yang lain.

"Bersungguh-sungguhlah kamu di jalan Allah itu dengan sebenar-benar kesungguhan"  - Al-Haj: 78

"Bukan dengan melalikan, kerana orang yang bersungguh-sungguh di jalan Allah, benar-benar akan dipimpin Allah di jalanNya." - Al-Ankabut: 69

Ada kebenarannya; kerana kesungguhan di laman tidak mustahil saya KO di waktu malam. Tetapi dengan kemurahan dan pimpinanNya; jam 4 pagi mata terbuka dan lantas memikir; "Amatlah biadap jika aku tidur kembali, apabila sudah terjaga di waktu ini."

Sebenarnya dua pokok timun yang saya tanam sudah pun saya sahkan mati petang tadi. Certified dead. Cause of death: Di siram oleh Darling Husband (Sudah saya beritahu kepadanya; "Abang, pokok timun jangan disiram atas daunnya." Oleh kerana sifatnya suka membantu si isteri; disemburnya budak-budak pohon timun itu dengan penyembur paip laman. Tambah parah dari kedudukan 3 meter).  Macam FRU sembur air ke arah para demostrasi gayanya.

Kata saya kepda diri; "Hasanah, jauhkan perasaan kecewa dan sia-sia. Sebenarnya kamu lakukan itu bukan untuk mendapat timun, tetapi untuk fizikal yang cergas dan pantas."

Dan apabila di penghulu fajar, saya tidak lama sujud di sejadah yang HAUS (pun intended) saya jauhkan rasa tamak pahala dan kesempurnaan; kerana yang lebih penting ialah adanya kesungguhan.


3 comments:

puteri purnama said...

Assalammualaikum Dr.H.
bagus nya entry ini, tergelak besar saya bila anak timun tu disembur dengan air dalam jarak 3 m, wah deras tu hehehe..saya baca kuat suara suruh abang dengar, sebab huby saya pun pernah buat begitu keatas semaian pokok ros saya yg baru bertunas, habis longgar pokok tu akhirnya mati.ahh orang lelaki, niat mereka nak tolong kan..baik nya hehehe

Domolitos said...

Sy teruja dgn blg dr. Sbnrnya sy jg sdh mula mengumpul aktiviti dari kebun ke dapur ttpi belum ada kesediaan dan keyakinan berblog ....apapun teruskan krn anda sumber inspirasi sy.

Domolitos said...
This comment has been removed by the author.