Share it

Tuesday, February 14, 2012

Implan gigi atau tanam gigi

Setelah melalui episod sakit gusi dan gigi yang lalu, saya seakan serik untuk melenggahkan lagi pemeriksaan dengan pakar gigi secara berkala. Kadang-kadang kita terpaksa menangguh rawatan untuk diri sendiri apabila keperluan kerja tidak mengizinkan kita keluar untuk rawatan atau untuk mengambil cuti tahunan. Tidak cukup pakar di klinik psikiatri dan banyak pengajaran klinikal yang perlu diambil.

Apa yang saya tanggung semasa sakit membuatkan saya sedar bahawa tiada gunanya kita mengutamakan keperluan kerja daripada keperluan kesihatan kita sendiri. Ambil sahaja cuti kecemasan, kerana cuti tahunan sentiasa berlebihan, walaupun kami pakar psikiatri di sini tiada tambahan cuti bahaya pekerjaan (hazard leaves).

Mungkin hanya sekarang kesan daripada kemo ke atas gigi menjadi masalah, kerana mungkin gusi dan pertahanan badan saya sudah tidak mampu bertahan dengan jangkitan kecil-kecilan yang terjadi dipersekitaran gigi yang telah dirosakkan oleh kemo Docetaxal/Toxotere dahulu.

Apa yang saya sedar sekarang ini, rawatan gigi dan gusi memerlukan kos yang tinggi. Doktor pakar gigi di hospital kerajaan tesangat sibuk dan masa menunggu adalah lama. Jika ingin rawatan yang cepat, kita akan dipersilakan ke klinik gigi swasta yang dimiliki mereka dan rawatan boleh dilakukan di waktu malam itu juga atau di cuti hujung minggu yang terdekat. 


Jadi, jangan abaikan kesihatan gigi dan gusi hanya kerana sibuk. Jika diabaikan, nescaya rawatan yang akhirnya terpaksa dibuat akan memerlukan lebih masa, kesakitan dan kos rawatan yang sangat tinggi. Rawatan implan (gigi tanam) di hospital saya perlu dibayar (tidak diliputi oleh insuran atau tanggungan majikan) sebanyak RM 3,000 untuk sebatang dan jika dibuat di klinik swasta di sekitar Kota Bharu, harganya dalam julat RM4,500 hingga RM8,000 untuk sebatang tidak ada warranty.

Dua hari lalu, saya terserempak rakan pemandiri kanser payudara, yang memberitahu saya bahawa dia terpaksa mencabut semua gigi gerahamnya akibat kerosakkan daripada kemo. Walaupun begitu, beliau hanya membiarkan tempat semua gigi gerahamnya rongak.

Kata saya: "Habis macam mana kamu menguyah sayur-sayuran yang dicelur atau mentah?" Di jawabnya: "Bukan takat brokoli, jambu batu pun saya kunyah dengan gusi saya! "Ha ha ha.." kami sama-sama ketawa, dan dia berkata "Gusi saya sudah sama kuat dengan tulang!"

Saya sedar bahawa rawatan implan boleh membawa risiko memerangkap sel kanser yang berkeliaran. Mulanya saya bernekad untuk melupakan temujanji saya dengan pakar gigi, tetapi semasa dan selepas sembahyang zohor di pejabat semalam, seolah ada bisikan hati yang mendesak supaya segera pergi berjumpa dengan doktor pakar gigi. ==>bersambung

2 comments:

N.E.E.N.Y. said...

Salam Prof.,

Didoakan Prof. sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t.

Satu perkongsian yang sangat berharga. Terima kasih.

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita semua.

Ameen...

Umm N said...

saya setuju bab jangan bertangguh jumpa doktor kerana alasan sibuk..thanks for this reminder.

May Allah protect you Kak!