Share it

Saturday, January 7, 2012

Ketumbuhan Payudara


Gambar drp. Dr.Abd Hamid Mat Sain.
ColumbiaAsia Hospital,292 Jalan Haruan 2,Oakland Commercial Centre
70300 Seremban, Malaysia
https://www.facebook.com/#!/abdhamidmatsain










Lihatlah gambar di atas. Oh, adakah itu stik tenderloin yang siap untuk diperap dan di gril? Bukan, itu sebenarnya ketumbuhan yang dikeluarkan dari payudara! Sudah begitu besar!. Mungkin bukan silap empunya diri menyimpan ketulan tersebut, tetapi, dek kerana terlewat berjumpa dengan pakar yang sebenar.

Ketulan di dalam payudara bukan dalam bidang pakar sakit puan. Jika ada pakar sakit puan ingin membedah payudara anda, katakan TIDAK!  Silalah berjumpa pakar bedah seberapa segera, atau, berjumpa dengan pakar radiologi yang boleh membuat ujian mamogram atau ultrabunyi dengan segera.

Apa? Anda takut dibuat biopsi? Ya, ada orang mengatakan bahawa biopsi akan menyebabkan sel kanser tiris keluar dan pergi ke atas kulit atau kawasan lain badan. Jangan risau, sebagai contoh, saya telah menjalani biopsi tru-cut  (lagilah besar jarum yang menusuk ke dalam kanser), dan Alhamdullilah, masih belum keluar kanser seperti yang dikatakan.

Ada apa lagi? Oh, anda ingin membunuh kanser itu dengan pemakanan anti-kanser dan jus MLM yang anda beli. Jikalau jus MLM, anda hanya memberi keuntungan kepada jerung MLM. Pemakanan pula sukar melawan kanser yang ganas atau kanser pada individu yang lemah daya pertahanan atau sistem keimunan. Bacalah buku Kanser Payudara: Teman ke Akhir Hayat untuk mendapat informasi/panduan yang lebih terperinci.

0 comments: