Share it

Friday, January 27, 2012

Kesakitan di dalam mulut dan tulang muka

Dalam setiap kesukaran itu tentunya ada hikmah: kesukaran terbaru menyebabkan saya menukar corak makan secara berterusan kepada makan secara berjadual, (untuk menjaga kebersihan di dalam mulut) dan pengambilan jenis makanan juga adalah terhad (untuk mengelakkan bisa).

Natijahnya, gaya pemakanan sebegini adalah lebih baik untuk pemandiri kanser. Terdapat seolah-olah angka ajaib pula dalam berpuasa, iaitu berpuasa selama 18 jam. Di dalam internet, terdapat beberapa penulisan yang mengaitkan kebaikan makan hanya dalam lingkungan 6 jam sehari, untuk mereka yang mempunyai kanser dan untuk mereka yang ingin memecahkan lemak.

Jika saya berpuasa secara Islam, berbuka dengan makanan yang sederhana pada pukul 7 petang, dan bersahur 1 malam, maka saya akan menepati jadual pemakanan sebegitu. Perbezaannya puasa secara Islam adalah ianya tidak membolehkan saya minum atau makan sup ringan di siang hari, dan berpuasa secara total untuk jangka masa jam yang lama boleh melambatkan metabolsme badan. Berpuasa secara yang disarankan selama 18 jam mengizinkan seseorang itu minum dan makan makanan ringan seperti sup sayur dan jus yang tidak mempunyai karbohidrat tinggi.

Menarik sekali. Saya akan mencuba dengan diselang-seli berpuasa secara Islam.

Hari ini saya baru sahaja selesai masak sup tulang dan ikan goreng, serta sup cendawan untuk saya, maka kena lah taruh dan makan pada waktu biasa berbuka puasa. Lagi elok dibiasakan hanya makan pada waktu itu.

6 comments:

lat said...

Salam,
Glad tiada masalah membimbangkan utk Prof. Your latest entry on tooth/teeth mets membimbangkan saya juga. Tak terlintas lah bab mets ke situ. Saya baru habis baca buku yang Prof sarankan ia itu 'anti cancer a new way if life'. It is really a gem and it really reinforces the value of diet. Buku Prof juga saya dah habis baca tapi masih perlu membuat rujukan supaya tidak dilalaikan oleh tubuh yang supposedly sihat. Take care. Slm

Dr. H said...

Waalaimumussalam Lat;

Ya bagi breast cancer patient yang ada metastasis lebih baik berhati-hati apabila nak masukkan implant, juga apabila nak buat root canal.

Saya pun mulanya tak tahu, dan dentists pun ada yang tak peka tentang hal ini.

Lat, orang yang senang baca buku Inggeris, senang dapat maklumat, masalahnya orang kita yang tak suka membaca.

zaini said...

doktor makan ke sup tulang? Saya dah lama tak makan sejak sakit kerana bimbang bahaya kepada kanser walaupun ia kegemaran saya sebelum kanser. boleh komen.

zaini said...

Assalamualaikum!

Saya sebenarnya teringin sangat nak makan sup tulang kerana ia makanan kegemaran saya tetapi dah lama saya tak makan kerana takut bahaya kepada kanser. Boleh doktor komen.

zaini said...

Assalamualaikum!

Saya sebenarnya teringin sangat nak makan sup tulang kerana ia makanan kegemaran saya tetapi dah lama saya tak makan kerana takut bahaya kepada kanser. Boleh doktor komen.

Dr. H said...

Che gu Zaini; yang makan banyak sup tulang tu ialah suami saya dan orang yang tinggal dengan kami.

Tetapi kalau Che Gu begitu teringin nak makan sup tulang, bila sup itu sudah masak dan sejuk, masukkan ke dalam peti ais, biar seketika dan lemak nya akan terapung dibahagian atas; buangkan lemak tersebut dan panaskan semula sup itu, dan zaini boleh makan daging yang tidak berlemak dalam kadar sebesar kotak mancis...masukkan banyak batang celeri dan sayuran seperti pak choi dan cendawan ke dalam kuah sup dan kita akan rasa puas makan, walaupun kadar daging yang di makan begitu sedikit..saya biasanya ambil kuah sup dan asingkan untuk saya...saya masukkan carrot celery dan pak choi (sawi batang putih) dan amat lazat.

Kadang-kadang kuah sup yang tak habis saya simpan untuk jadikan kuah sup cendawan saya...pada pengalaman saya cendawan segar jenis butang yang putih (ada di tesco) amat baik untuk mengeringkan lendir/mukus di belakang hidung, dan juga meningkatkan daya pertahanan badan...
selamat mencuba atas risiko sendiri ;-)