![]() |
| http://www.natureloveyou.sg/ |
Pada penulisan bertarikh Wednesday, March 21, 2007 saya begitu teruja kerana mepelajari tentang herba Strobilanthes crispus daripada pesakit saya. Beliau amat berjaya meredakan kanser peringkat 4 dengan pengambilan jus segar daripada duan pokok ini.
Semenjak daripada masa itu saya telah mengamalkan pengambilan jus daripada daun tersebut. Malang sekali bermula dari tahun 2010, saya telah berhenti pengambilannya, disebabkan saya beralih kepada pengambilan daun pokok South Afrika. Peralihan tersebut dilakukan kerana ovari sebelah kiri saya membesar dan pengambilan daun South Afrika lebih menepati masalah pembesaran ovari. Selain itu saya berhenti mengambil Strobilanthes crispus kerana sudah terlalu jemu menelan jus itu.
Mulai minggu ini saya beralih semula kepada herba Strobilanthes crispus (herbal no 1 saya pada tahun 2007-2009) kerana setelah membaca penulisan yang lalu berserta dengan penerbitan saintifik dikebelakangain ini, ternyata herba ini lebih unggul dalam memerangani banyak penyakit - darah tinggi, kencing manis, batu karang, kanser dan terbaik dari segi antioksidannya. Mungkin jika saya mengamalkan semula, darah tinggi dan kolesterol saya dapat di kawal dalam julat yang normal.
Masalahnya, pada mula pengambilan semula jus ini, begitu berbisa rasanya sakit-sakit urat, tulang dan sendi. Barulah saya faham akan aduan pesakit yang mengambil jus ini. Oleh kerana daripada pembacaan saya, risiko keracunan dan toksik kerana daun herba ini adalah rendah, maka saya akan meneruskannya. Lagipun, saya ingin mengembalikan semula kecerahan dan kegebuan kulit hasil daripada kadar anti-oksidannya yang tinggi, :-)
Layan-slide zaman tahun 2007
![]() | Cool Slideshows |
Some corrections: supplements; daun ekor naga just a claim by few patients, no supportive evidence


3 comments:
I nak cari balik your old, old postings mula-mula you buat blog ni...kat man ye?
Kat dinding sebelah kanan, ada Has's Blog Archives, kalau click atas date Wed March 21 2007 in this entry pun gi sana juga
Alright, thanks ...
Post a Comment